Ahli Ekonomi Berkeras Kata Malaysia Jauh Dari Krisis Kewangan & Kemelesetan!

387

‘Confident betul kenyataan-kenyataan yang dibentangkan, harapnya jadi realiti.’

Berdasarkan pengukuhan nilai greenback dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang tinggi semalam, pakar ekonomi tempatan masih yakin dan tegas mengatakan negara masih jauh dari krisis kewangan apatah lagi kemelesetan.

Situasi Ringgit Berbanding Dolar

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Malaysia tidak menjangkakan krisis ekonomi sungguhpun ringgit menyusut berbanding dolar.

Terbaharu, nilai ringgit susut ke paras terendah 24 tahun baru selepas terbitan data indeks harga pengguna (CPI) AS semalam menyaksikan pengukuhan ketara semula dolar.

Jelas beliau bahawa prestasi ringgit dilihat tidak ‘goyang’ dan patut dinilai secara holistik bersama rakan dagangan lain seperti Jepun, Eropah dan New Zealand.

Ini kerana sungguhpun ringgit susut 7.5% berbanding dolar namun nilainya naik 14.2% berbanding Yen, naik 8.2% berbanding Pound dan tinggi 4.5% berbanding Euro.

Sebaliknya, nilai ringgit yang rendah tersebut boleh memberi kesan positif kepada hasil eskport negara seperti yang dijelaskan Tengku Zafrul bahawa Malaysia boleh muncul sebagai negara pengeksport kompetitif.

Menambah rencah, Tengku Zafrul juga menggariskan ekonomi Malaysia masih kukuh dengan keluaran dalam negara kasar (GDP) berkembang 3 suku berturut-turut dan kadar pengangguran mengecut berbanding sebelum pandemik.

Prospek Kemelesetan Malaysia

Dalam pada itu, Pengerusi Bursa Malaysia pula mengatakan negara ‘jauh’ daripada mencapai kemelesetan.

Ulas Tan Sri Abdul Wahid Omar walaupun global terus menggandakan usaha membendung inflasi melalui kadar faedah agresif, Malaysia sama sekali dijangka tidak memasuki fasa kemelesetan.

Bagi menyokong kenyataan tersebut, Tan Sri Wahid mengatakan kepelbagaian struktur ekonomi Malaysia yang diapit faedah dasar pragmatik dan responsif dilihat boleh meresap tekanan inflasi serta kenaikan kadar dunia.

Faktor utama kepada daya tahan Malaysia menurut beliau adalah kestabilan sistem kewangan negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat