Airdrop Jupiter $700 Juta Cetus Harga Meroket Tak Ingat Dunia!

404

“Fulamak naik gila-gila kot, korang yang beli dah amik untung ke tu?”

Salah satu airdrop terbesar pernah ada pada rantaian Solana (SOL) berjaya dilaksanakan semalam tanpa masalah besar di mana Jupiter mula mengedarkan $700 juta token JUP diasaskannya kepada hampir sejuta wallet.

Rentetan itu, harga JUP yang sebelum ini sentiasa berlegar-legar di bawah $0.005 telah pantas menggunung sehingga $2.20 sebelum jatuh sedikit kembali.

Namun, pelancaran itu tidak sepenuhnya tanpa gangguan susulan beberapa nod RPC iaitu perantara bagi wallet dan rangkaian telah bergelut untuk memenuhi permintaan pengguna terutamanya dalam 30 minit pertama airdrop.

Satu jam selepas pelancaran, lebih 20% daripada 1 bilion JUP dikhaskan bagi airdrop hari Rabu telah dituntut dan Jupiter memperuntukkan sebahagian besar tokennya untuk diedarkan kepada orang yang berdagang melalui perkhidmatan routing yang memiliki swap dalam rantaian pada SOL.

Jupiter telah menyelia dua airdrop pada bulan ini iaitu mockJUP dan WEN yang menguji reka bentuknya untuk liquidity pools dalam rantaian serta infrastruktur launchpad baharu Jupiter yang dicipta bagi melancarkan token baharu dipanggil LFG.

Sungguhpun pedagang kecil menerima puluhan atau ratusan token bernilai dolar daripada Jupiter pada Januari, pemenang sebenar ialah validators yang memperoleh yuran keutamaan maximal extractable value (MEV)*, ulas co-founder perkhidmatan data Solana Step Finance George Harrap.

*Nilai maksimum boleh diekstrak daripada pengeluaran blok yang melebihi ganjaran blok standard dan yuran gas dengan memasukkan, mengecualikan dan menukar susunan urus niaga dalam blok

Setakat penulisan ini, harga JUP menjunam sebanyak 62.29% pada paras $0.59 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $805 juta seterusnya merekodkan penurunan 62.27% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat