Akhirnya Tentera Rusia Tinggalkan Pulau Ular, Ukraine Sudah Menang?

883

Pasukan tentera Rusia dilaporkan telah berundur dari Pulau Ular di Laut Hitam dalam satu tindakan yang didakwa oleh Ukraine sebagai satu kemenangan pada hari Khamis.

Pulau Ular, juga dikenali sebagai Pulau Zmiinyi, terletak kira-kira 25 batu dari pantai selatan dan merupakan pos kritikal untuk mengawal laluan perkapalan untuk eksport bijrin Ukraine serta mengakses pelabuhan utama Odesa.

Ia telah ditawan oleh Rusia pada hari pertama pencerobohan ke atas Ukraine dilancarkan pada 24 Februari bagi melemahkan pertahanan Kyiev dari arah laut.

Bagaimanapun, sejak April lalu Ukraine telah mula mengatur langkah untuk menawan semula pulau tersebut sementara Rusia pula menguatkan pertahanannya.

Akhirnya pada 30 Jun, ketua kakitangan Presiden Zelenskyy, memberitahu dalam satu ciapan di Twitter bahawa tentera Rusia telah mengosongkan pulau kecil tersebut manakala mesej rasmi dari perintah operasi selatan Ukraine mendakwa mereka telah pergi dengan tergesa-gesa dari pos strategik di Pulau Hitam itu.

Sementara itu, Rusia pula berkata bahawa penarikan tenteranya itu adalah sebagai ‘niat baik’ supaya tidak mengganggu usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membuka koridor kemanusiaan yang membenarkan bijirin dihantar dari Ukraine.

Walaupun dengan penarikan tersebut, serangan ke atas Ukraine masih lagi diteruskan, di mana yang terbaru peluru berpandu Rusia dilaporkan telah mengentam sebuah bangunan pangsapuri dan pusat peranginan di Odesa, mengorbankan 17 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat