Aktiviti Buruan Saham Punca Bursa Dibuka Tinggi

163

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 1.39 mata pada 1,517.15 daripada penutupan Rabu pada 1,515.76.

Indeks dibuka 0.72 mata pada 1,516.48.

Ia dibuka pada wilayah positif hasil dorongan berterusan aktiviti buruan tawaran saham (bargain hunting) walapun prestasi semalaman Wall Street didagangkan lemah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 130 berbanding 116, manakala 185 kaunter pula tidak berubah, 1,829 tidak didagangkan dan 31 digantung.

Jumlah perolehan pada 144.36 juta unit bernilai RM83.64 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan jangkaan aktiviti pengambilan untung muncul pada bursa tempatan ekoran trend penurunan pada Wall Street selepas Federal Reserve (Fed) mengesahkan kenaikan kadar dan program pemgurangan belian bon (tapering).

Tambahnya lagi, Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina akan memberi kesan kepada sektor ayam dan berkaitan pengguna.

Jangkaan pelabur mungkin akan tertumpu pada sektor berkaitan komoditi seperti perladangan dan stok tenaga ekoran harga minyak sawit mentah dan minyak mentah yang kukuh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.30 dan RM5.26, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) tambah 6 sen pada RM8.98 dan IHH Healthcare Bhd naik 4 sen pada RM6.40 sementara Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.19.

Saham aktif memperlihatkan Dataprep Holdings Bhd naik 8 sen pada 64.5 sen, Pertama Digital Bhd tambah 0.5 sen pada 66 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) canak 1 sen pada 95.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mekar 1.35 mata pada 6,085.36, FBM 70 macu 10.24 mata pada 13,443.51, FBM Emas tambah 10.18 mata pada 10,898.30, FBMT 100 kukuh 9.35 mata pada 10,606.18 dan FBM Emas Shariah capai 17.85 mata pada 11,588.05.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 2.98 mata pada 15,749.87, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.36 mata pada 200.65 dan indeks Perladangan mekar 3.31 mata pada 6,601.29.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat