Aktiviti Ekonomi Eropah Kembali Berkembang, Tapi…

637

Data ekonomi dari Zon Eropah dan UK telah menghiasi pembukaan dagangan sesi Eropah pada hari ini dengan memaparkan bacaan bercampur-campur pada bulan Februari.

Sektor perkhidmatan di Zon Eropah kembali melantun dengan pertumbuhan yang lebih kukuh pada bulan ini ketika pelonggaran sekatan coronavirus membawa kepada permintaan baharu untuk perkhidmatan pengguna seperti perjalanan, pelancongan dan rekreasi.

Keyakinan perniagaan dalam prospek juga bertambah baik apabila syarikat melihat kepada pembukaan semula ekonomi selanjutnya yang menggalakkan peningkatan pengambilan pekerja.

Bagaimanapun, sektor pembuatan pula sebaliknya dengan mencatatkan kemerosotan pada Februari kerana terkesan dengan masalah gangguan rantaian bekalan yang berlarutan di tengah permintaan terus meningkat.

Reaksi awal mata wang euro susulan penerbitan ini menunjukkannya sedikit terkesan dengan susut di sekitar harga 1.1360 berbanding US dolar.

Tambahan daripada itu, pelabur juga menyaksikan pengeluaran data pembuatan dan perkhidmatan dari UK, di mana kedua-duanya mencatatkan bacaan positif pada Februari.

Seperti Zon Eropah, Britain juga melihat peningkatan pada aktiviti perkhidmatan dengan pertumbuhan terpantas dalam tempoh lapan bulan. Pengembangan tidak dijangka ini dibantu oleh pemulihan kukuh dalam perbelanjaan pengguna untuk perjalanan, rekreasi dan hiburan.

Sementara aktiviti pembuatan pula dicatatkan tidak berubah daripada bacaan sebelumnya, menandakan sektor perkilangan yang terjejas akibat masalah gangguan bekalan berikutan kenaikan kos yang tinggi (inflasi).

Mata wang pound sedikit berubah susulan penerbitan data tersebut dengan kekal didagangkan kukuh pada sekitar harga 1.3620 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat