Aktiviti Perkilangan China Kembali Melemah Pada Julai!

313

China terus menyaksikan kelembapan dalam pertumbuhan aktiviti ekonominya, di mana pada hujung minggu data rasmi menunjukkan sektor pembuatan tanpa dijangka menunjukkan penguncupan pada bulan Julai.

Data rasmi pembuatan China merosot kepada 49.0 daripada 50.2 pada bulan lalu, dipengaruhi oleh beberapa langkah kawalan Covid-19 yang menjejaskan pemulihan.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan pengembangan dari bulan sebelumnya, manakala angka di bawah 50 menunjukkan penguncupan.

Pemulihan ekonomi China terus rapuh walaupun kerajaan telah melonggarkan sekatan, tetapi polisi sifar Covid menyebabkan mereka melaksanakan langkah penutupan di kawasan yang terjejas.

Sementara itu, data tinjauan Caixin pula menunjukkan pengembangan paling perlahan dalam aktiviti pembuatan China berikutan pertumbuhan yang berkurangan dalam pengeluaran, pesanan baru dan pekerjaan.

Hab perkilangan utama China, Shanghai menyaksikan pemulihan kukuh pada bulan Jun, tetapi pemulihan telah mula pudar di tengah-tengah gelombang baru wabak dan permintaan domestik dan global yang lemah.

Bacaan ini ternyata lebih baik daripada yang dicatatkan dalam data yang dikeluarkan pada hujung minggu.

Penggubal dasar China telah menegaskan  akan mengekalkan dasar sifar Covid dan mengakui mereka mungkin tidak dapat memenuhi sasaran pertumbuhannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat