Aktiviti Profit-Taking Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

321

Bursa Malaysia melemah pada pembukaan sesi hari ini selepas kukuh sedikit semalam kerana para pelabur menanti lebih banyak petunjuk daripada Federal Reserve (Fed) dalam menentukan kadar faedah AS.

Pagi tadi, kegiatan pengambilan keuntungan menarik pasaran saham tempatan itu untuk terus dibuka rendah walaupun Wall Street mempamerkan prestasi semalaman yang kukuh.

Tepat jam 4.30 petang, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) naik sebanyak 2.33 mata kepada 1,455.07 berbanding penutupan khamis iaitu 1,452.74. Indeks penanda aras utama dibuka 0.74 mata lebih rendah pada kedudukan 1,452.0.

Sentimen pasaran adalah negatif selepas mencatatkan 466 kaunter rugi dan 334 kaunter untung. Sebanyak 1.92 bilion saham yang didagangkan pada nilai RM1.06 bilion.

Indeks mewah yang alami kemerosotan adalah CelcomDigi iaitu susut 10 sen kepada RM4.24, PETRONAS Chemicals turun 13 sen kepada RM7.09 dan Nestle pula susut sebanyak RM4.20 kepada RM121.20.

Walau bagaimanapun, CIMB naik sebanyak 12 sen kepada RM5.77 berikutan keputusan positif yang keluar semalam. Public Bank juga naik tiga sen kepada RM4.30 dan Maybank naik tiga sen juga kepada RM9.01.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 96.35 mata kepada 16,318.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 mata menjadi 171.34, Indeks Tenaga susut 3.57 mata kepada 825.53 dan Indeks Perladangan lemah 47.92 mata pada 6,993.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat