Pihak mahkamah beri peluang kepada agensi penyeliaan, Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) untuk menafikan perintah pemberian dokumen penting kerajaan berkaitan pendawaan penjualan aset sekuriti tidak sah, XRP.
Sebagai rekod, pada 14 Januari – hakim Sarah Netburn telah mengeluarkan arahan terhadap SEC untuk menyerahkan beberapa dokumen kes ini, termasuk:
- Rekod pertemuan peribadi antara SEC dengan pihak ketiga berkaitan Ethereum (ETH).
- Rakaman ucapan bekas pengarah kewangan SEC, William Hinman yang memutuskan Bitcoin (BTC) dan ETH bukanlah sekuriti.
Tetapi SEC pula meminta tempoh masa untuk menafikan perintah tersebut dan permohonan agensi itu diluluskan.
SEC dikhabarkan mendapat jangka masa empat minggu untuk membuat demikian.
Nampak gayanya, kes ini berlanjutan lagi. Adakah penantian ini akan mengambil seluruh 2022?
Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.59, susut lebih 2% dalam 24 jam. Aset ini memerlukan lonjakan sekurang-kurangnya 84% untuk menebus rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.84 pada 4 Januari 2018.