Ripple Menang Hak Untuk Mengakses Bukti Yang Disembunyikan SEC!

4,667

Pihak mahkamah memutuskan Securities and Exchange Commission (SEC) perlu menyerahkan emel yang mengandungi rincian kenyataan bekas pengarah kewangan, William Hinman berkaitan status mata wang Ethereum (ETH) kepada Ripple.

Rincian daripada Hinman bertarikh 2018 itu mendakwa Ethereum bukanlah aset sekuriti kerana ekosistem rangkaian tersebut telahpun sepenuhnya desentralisasi.

Difahamkan keterangan daripada Hinman merupakan pengakuan penting untuk seluruh industri kripto.

Hal ini kerana 60 juta ETH pertama telah dijual kepada umum sebagai usaha mengumpul dana untuk Ethereum Foundation.

Sekarang, aset kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) itu dilihat sebagai komoditi di Amerika Syarikat (AS) dan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) pula menyifatkan ETH sebagai produk derivatif yang berasaskan mata wang kripto.

Sebaliknya berlaku terhadap XRP apabila dituduh sebagai sekuriti yang tidak berdaftar dengan SEC sedangkan sejumlah besar aset ini telah pun terjual dan Ripple berjaya meraih lebih $1.3 bilion.

Kenyataan Hinman merupakan salah satu dokumen yang perlu diserahkan kepada Ripple selain daripada beberapa hujah penting SEC oleh pakar kripto SEC, Valerie Szczepanik; termasuk beberapa emel individu lain yang membincangkan status Ethereum.

Agensi penyelia itu pada awalnya enggan menyerahkan emel tersebut atas alasan – “privilege”, merujuk kepada SEC tidak perlu mendedahkan kepada pihak lawan, lagi-lagi Ripple adalah entiti yang disaman mereka.

Bagaimanapun, hakim Sarah Netburn menolak alasan SEC kerana kenyataan Hinman adalah pandangan peribadi, bukannya pandangan seluruh agensi.

XRP pamerkan pergerakan yang positif selepas keputusan mahkamah semalam, meningkat sehingga ke paras $0.80 sebelum susut kepada $0.76.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.77, tetapi masih susut lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat