Ripple Disaman SEC, Bagaimanakah Nasib XRP Selepas Ini?

3,317

Seperti yang dijangka CEO Ripple Labs Inc., Brad Garlinghouse semalam, firma matawang kripto XRP itu akhirnya disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) pada hari ini waktu Malaysia.

Saman tersebut turut dikemukakan kepada dua pegawai eksekutifnya, Garlinghouse dan Christian Larsen atas tuduhan melanggar undang-undang perlindungan pelabur ketika menjual matawang kripto, XRP.

Menurut laporan yang dimuatkan oleh SEC, pihak mereka telah berjaya mengaut dana melebihi $1.3 bilion melalui penawaran sekuriti aset digital yang tidak berdaftar sejak 2013.

Ripple turut didakwa atas pertuduhan mengedarkan berbilion XRP bagi pertukaran bukan tunai seperti perkhidmatan buruh dan pembuatan.

Larsen dan Garlinghouse juga telah melakukan penjualan XRP yang tidak didaftarkan secara peribadi berjumlah sekitar $600 juta, menyebabkan defendan dianggap telah gagal mendaftarkan penawaran dan penjualan XRP.

Saman tersebut difailkan di mahkamah persekutuan Manhattan di bawah Akta Sekuriti 1993.

Ia merupakan salah satu kes berprofil tinggi kerana melibatkan firma matawang kripto, firma terbesar yang disaman SEC dan berlaku ketika pengerusinya, Jay Clayton mengakhiri sesinya pada penghujung pentadbiran Donald Trump.

Harga XRP yang mencatatkan keuntungan dua kali ganda pada tahun ini dilihat susut 14.6% dalam tempoh 24 jam kepada $0.41.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat