Tidaaakkk! XRP Susut Lebih 17% Gara-Gara Disaman SEC

1,573

Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) dijangka akan menyaman Ripple dalam masa terdekat.

Pendedahan tersebut dilakukan oleh CEO Ripple, Brad Garlinghouse menerusi Fortune Magazine pada hari ini.

Saman tersebut menamakan Garlinghouse dan pengasas bersama, Chris Larsen sebagai defendan atas kesalahan menjual sekuriti tidak berlesen.

Menurut sumber, dakwaan tersebut berkait rapat dengan status matawang kripto XRP sebagai sekuriti yang perlu didaftarkan dengan SEC.

Walaupun tidak dipastikan bila saman itu akan dikemukakan, Garlinghouse menyifatkan tindakan SEC sebagai satu serangan menyeluruh kepada industri kripto dan inovasi orang Amerika.

Garlinghouse turut memuatnaik satu untaian di mana beliau menekankan SEC sedang berusaha untuk menghadkan inovasi Amerika dalam industri kripto bermula dengan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Sebelum ini Garlinghouse pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan perundangan kripto di AS yang tidak dijalankan secara serius dan menyeluruh. Pada Oktober, firma itu nekad untuk berpindah ke luar negara atas alasan yang sama.

Harga XRP dilihat susut mendadak kepada $0.46, susut lebih 17% dalam 24 jam susulan daripada khabar tidak terduga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat