Industri Kripto Kena ‘Ghosted’ Di AS, Ripple Mahu Pindah Keluar

349

Ripple Labs Inc. dalam pertimbangan dengan senarai beberapa negara yang berpotensi sebagai ‘rumah baru’ kepada firma itu jika terpaksa meninggalkan Amerika Syarikat ekoran daripada peraturan yang masih samar.

CEO Ripple, Brad Garlinghouse menerusi satu temu ramah mendedahkan negara yang menjadi pilihan termasuklah Jepun, Singapura, Switzerland, United Kingdom (UK) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya lagi, kesemua negara sasaran sudah jelas dengan penggunaan kripto dan mempunyai ketelusan undang-undang dalam pengurusan terhadap aset digital yang pelbagai.

Berbeza dengan pentadbiran AS yang masih belum jelas dengan status matawang kripto dan mempunyai kepelbagaian pendapat mengenai aset itu sama ada komoditi, matawang, hartanah atau keselamatan.

Garlinghouse tidak dapat menyangkal bahawa Ripple merupakan sebuah firma kebanggaan AS dan jika boleh mereka mahu kekal bertapak di negara itu.

Namun, disebabkan negara itu masih tidak telus dengan undang-undang ke atas matawang kripto menyukarkan mereka untuk membuat pelaburan dan mengembangkan lagi perniagaan.

Sejak pandemik, pasaran kripto dilihat semakin kukuh kerana bank pusat mencetak wang bagi mengelakkan masalah inflasi, yang mana satu-satunya penyelesaian terbaik adalah beralih dari tunai.

Ripple merupakan firma yang menawarkan perkhidmatan pembayaran dan penyelesaian menerusi matawang kripto, XRP dan platform lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat