Nasib XRP Bergantung Kepada Keterangan Bekas Pegawai SEC Ini!

1,382

Dalam perkembangan terbaru, Ripple Labs telah diberi kebenaran untuk mendapatkan keterangan daripada bekas pengarah kewangan korporat Securities and Exchange Commission (SEC), William Hinman.

Untuk pengetahuan, Hinman merupakan individu yang mendakwa Ethereum sebagai ‘bukan sekuriti’ pada 2018.

Kebenaran daripada hakim Sarah Netburn merupakan peluang emas untuk Ripple mendapatkan penjelasan daripada Hinman bagaimana polisi bagi status sesuatu aset diputuskan.

Secara tidak langsung, dakwaan ‘bukan sekuriti’ ke atas Bitcoin (BTC) dan Ethereum pada 2018 oleh Hinman boleh memberi gambaran jelas bagaimana SEC menentukan status aset, sekaligus dapat membangunkan bukti terhadap peserta pasaran yang melihat XRP sebagai sekuriti.

Bagaimanapun SEC mendakwa kenyataan Hinman pada tahun tersebut merupakan pandangan peribadi, tidak mewakili pihak agensi dan tiada kaitan dengan kes:

“Ia sepatutnya bergantung kepada pegawai kerajaan berpangkat tinggi untuk memberi kenyataan berkaitan setiap undang-undang atau polisi yang mereka telah gariskan…Ini akan mengganggu fungsi agensi kerajaan kerana tidak membenarkan mereka yang berkelayakan untuk memberi penjelasan.”

Sebagai rekod, Hinman berkhidmat dengan SEC bermula 2017 sehingga 2020 dalam pengurusan syarikat blank check, termasuk pemfailan sulit, dan alternatif kepada penawaran awam awal (IPO) konvensional juga penyenaraian langsung.

Hinman dijangka akan memberi keterangan di hadapan pihak mahkamah pada Isnin, 19 Julai 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat