Alahai! Sendunya Pergerakan Harga Emas Hari Ini

674

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan emas diniagakan stabil ketika pasaran mengharapkan lebih banyak langkah rangsangan bakal diambil untuk menangani impak coronavirus terhadap ekonomi.

Pada awal sesi Eropah, logam berharga itu diniagakan berlegar di sekitar paras harga $1,859 per auns sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,861 per auns (3.30 petang waktu Malaysia).

Perdebatan pertama antara dua calon utama pilihan raya Presiden, Donald Trump dan Joe Biden yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, kini menjadi tumpuan utama pelabur sementara ketidakpastian politik terus mendorong pasaran untuk sentiasa berwaspada.

Dalam pada itu, perhatian pasaran turut terarah kepada perkembangan pelan rangsangan coronavirus baru yang diusulkan oleh Demokrat bernilai $2.2 trilion.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi menyatakan keyakinannya bahawa kesepakatan terhadap rancangan ini dapat dicapai dengan White House dan rundingan antara kedua-dua pihak dikatakan masih diteruskan.

Harga emas setakat ini telah mengalami kejatuhan lebih 10% daripada puncak tertinggi sepanjang masa yang dicapainya pada $2,075 per auns sejak awal Ogos lalu disebabkan peningkatan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat