Alamak! BTC Dijangka Junam Balik, Pelabur Kripto Panik Ke Tu?

1,006

“Harga BTC dah naik tinggi sangat, mestilah akan turun sekejap pula kan?”

Pendakian kenaikan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) sehingga $64,000 sebahagian besarnya didorong oleh aliran masuk bersih besar ke dalam spot BTC ETF Amerika Syarikat (AS) yang mendahului $7 bilion minggu ini.

Namun, kekurangan bekalan BTC tersedia bagi pembelian di pasaran terbuka telah berterusan menjadi kebimbangan susulan lebih separuh daripada semua BTC dalam edaran tidak bergerak lebih daripada dua tahun.

Menurut Stephane Ouellette, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FRNT Financial berkata para pemegang jangka pendek mula offload positions dan kebimbangan mengenai pasaran kripto akan merudum akibat krisis kecairan tidak semestinya berlaku.

Margin keuntungan tidak direalisasikan bagi pemegang BTC jangka pendek bermakna mereka yang mungkin menjadi pedagang aset digital secara kerap bukannya pelabur jangka panjang yang berada pada tahap melampau selepas kenaikan drastiknya baru-baru ini.

Selain itu, lonjakan harga BTC baru-baru ini telah menjadikannya sangat mahal untuk membuka positions long dalam pasaran niaga hadapan kekal token, tetapi perlu diketahui terdapat pergerakan menurun yang mungkin berlaku.

Umum mengetahui kadar pembiayaan bagi niaga hadapan kekal BTC berada pada tahap tertinggi sejak April 2021 dan apabila kos membuka positions long baharu menjadi terlalu tinggi, harga BTC cenderung untuk berhenti seketika atau mengalami correction dalam masa terdekat.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang didagangkan pada paras $61,157 telah menyusut sedikit 0.19% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 19.13% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat