Alamak! Firma Kripto Ini Kehabisan Wang Tunai, Apa Nak Jadi?

775

“Setiap syarikat mesti ada masalah ditimpa, jadi kita kena hadap dan cari solusi cepat-cepat.”

Dilancarkan pada 2019, firma mata wang kripto Bakkt yang disokong oleh Intercontinental Exchange (ICE) memberitahu pengawal selia bahawa mereka mungkin tidak memiliki wang tunai mencukupi bagi kekal dalam perniagaan dalam masa 12 bulan akan datang.

Bakkt yang pernah membanggakan rakan kongsi utamanya seperti Starbucks dan Mastercard kini berada dalam situasi berbeza susulan firmanya dilihat membuka Bitcoin (BTC) kepada para pelabur institusi semasa pasaran bearish berlaku.

Bukan itu sahaja, Bakkt turut berkata mereka tidak dapat menjana keuntungan operasi mampan dan aliran yang mencukupi, oleh itu kejayaan masa depannya akan bergantung pada keupayaannya untuk mendapatkan modal.

Rentetan itu, firma itu pada masa ini sedang mencari potensi untuk meningkatkan modal tambahan melalui pengeluaran sekuriti berdaftar di pasaran awam untuk membiayai wawasan jangka panjang mereka.

Setelah berkuat kuasa, borang S-3 dipinda yang baru difailkan akan membenarkan firma itu mengeluarkan sehingga $150 juta dalam sekuriti berdaftar di pasaran awam untuk mendapatkan modal tambahan.

Secara konteks, Bakkt ialah platform aset digital dan aplikasi pembayaran yang membenarkan institusi beli, jual, simpan dan belanjakan kripto termasuk buat beberapa perkongsian strategik bersama Starbucks serta Amazon Web Services untuk membenarkan transaksi atau perkhidmatan aset digital.

Diumumkan pada 2021, harga saham Bakkt naik lebih $40 tetapi sahamnya didagangkan turun 7.6% pada $1.34 dalam dagangan pada hari Rabu lepas, jadi kini dapat dilihat terdapat penurunan 37% sejak awal 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat