Alamak! Kes Covid-19 Meningkat Lagi Lepas Pilihan Raya!

636

Menurut sebuah laporan, Amerika Syarikat telah mencatatkan rekod terbaharu untuk kes jangkitan Covid-19 semalam dengan sekurang-kurangnya 102,591 kes dan hospital di beberapa negeri melaporkan peningkatan jumlah pesakit.

Selain itu, sebanyak 9 negeri yang merekodkan peningkatan kes jangkitan harian iaitu Colorado, Idaho, Indiana, Maine, Michigan, Minnesota, Rhode Island, Washington dan Wisconsin.

Tambahan daripada itu, pada hari Selasa yang lalu, jumlah kemasukan ke hospital telah melebihi 50,000 pesakit untuk kali pertama dalam tempoh 3 bulan. Contohnya, North Dakota melaporkan hanya 6 tempat tidur unit rawatan intensif percuma di seluruh negeri pada hari semalam dan ianya adalah salah satu daripada 14 negeri yang melaporkan rekod pesakit Covid-19 tertinggi yang dimasukkan ke hospital.

Di samping itu, jumlah ujian yang disahkan positif adalah lebih besar daripada 50% di South Dakota dan lebih dari 40% di Iowa serta Wyoming. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), kadar jangkitan yang dicatatkan lebih dari 5% adalah kerana mereka menunjukkan penularan komuniti yang tidak dapat dikesan.

Lebih membimbangkan ialah angka kematian akibat Covid-19 dilaporkan meningkat di negara tersebut dengan mencatatkan sebanyak 850 kematian sehari, meningkat daripada 700 korban sebulan yang lalu.

Bukan itu sahaja! Illinois telah melaporkan sebanyak 48,579 kes jangkitan dalam tempoh 7 hari, lebih banyak daripada negeri lain. Manakala Texas, yang mempunyai 2 kali ganda lebih ramai penduduk, melaporkan 47,932 kes jangkitan dan kedua California dan Florida masing-masing melaporkan sekitar 30,000 kes baru.

Berdasarkan rekod AS sebelum ini, kes jangkitan harian terbaru adalah 100,233 pada 30 Oktober, yang tertinggi pernah dilaporkan oleh mana-mana negara di dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat