Alamak Macam Mana Ni? SEC Buat Peraturan Baharu Pula!

663

“Haih SEC ni memang bersikap tegas betul dengan kripto, tak boleh ke chill-chill je.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) melaksanakan peraturan baharu yang meluaskan jangkauannya bagi memasukkan peserta pasaran mata wang kripto terlibat dalam urus niaga aset digital dianggap sekuriti termasuk berada di bawah sektor kewangan decentralized.

Tindakan itu bertujuan mengukuhkan perlindungan pelabur susulan ia membawa perubahan besar mengenai cara penyedia kecairan dalam ruang kripto menjalanlan perniagaan yang memerlukannya daftar sebagai peniaga atau peniaga sekuriti kerajaan di bawah beberapa syarat.

Jadi di sini dapat dilihat individu yang menjalankan aktiviti beli dan jual sekuriti aset digital bagi menyediakan kecairan ke dalam pasaran kripto kini dikehendaki mendaftar serta mengikut peraturan sekuriti semasa.

Namun perlu diketahui implikasi peraturan itu dalam ekosistem DeFi dapat mempengaruhi pembuat pasaran automatik (AMM) dan protokol DeFi yang lain susulan AMM yang memudahkan dagangan melalui liquidity pools dikunci dalam kontrak pintar kini dalam penelitian.

Rentetan itu, kebimbangan dalam industri kripto telah tercetus dan ini telah menyebabkan banyak pihak mengkritik peraturan SEC yang dianggap melampau batas dalam mengenakan undang-undang sekuriti tradisional pada ruang DeFi.

Respons berprofil tinggi daripada organisasi seperti DeFi Education Fund dan Chamber of Digital Commerce mempamerkan kekecewaannya setelah melihat ramai pihak menganggap ruang kripto sebagai kekurangan kejelasan, penglibatan dan panduan kawal selia daripada SEC.

Sementara peraturan itu diterima pakai pembangkang, khususnya Pesuruhjaya Hester Peirce yang lantang bersuara tentang keraguannya dan beliau tertanya-tanya sama ada ingin menggunakan peraturan sedemkian pada protokol software seperti AMM.

Perbahasan dalam SEC menggambarkan ketidakpastian lebih luas mengenai cara yang sesuai untuk mengintegrasikan pasaran kripto yang sedang berkembang pesat ke dalam rangka kerja kawal selia sedia ada tanpa menyekat inovasi atau menjejaskan perlindungan pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat