Alamak! Rampasan $2 Bilion BTC Oleh DOJ Sudah Pindah Ke Wallet Baharu!

577

“Hmm agaknya apa yang akan terjadi pada harga BTC jika perkara ini berlaku?”

Sebelum ini, kira-kira $2 bilion dalam mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang disambungkan ke pasaran Silk Road telah dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tetapi kini ia didapati sudah berpindah ke address baharu.

Menerusi pemerhatian, wallet yang dikaitkan dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah buat transaksi 0.001 BTC ke address Coinbase Prime dan tidak lama selepas itu, wallet yang sama memindahkan 30,174 BTC bernilai $2 bilion ke address baharu.

Dikenal pasti bahawa wallet DOJ yang mengandungi BTC telah dirampas daripada James Zhong iaitu individu disabitkan tuduhan berkaitan kripto yang diperoleh secara tidak sah dari Silk Road pada tahun 2022.

Zhong curi lebih 50,000 BTC dari Silk Road pada tahun 2012 kemudian pihak berkuasa AS pada 2021 serbu hartanya dan temui hard wallet yang mengandungi BTC termasuk satu pada komputer single-board yang tenggelam di bawah selimut dalam tin popcorn.

Sejurus selepas itu, sebahagian besar kripto dirampas telah dihantar ke address sama yang memindahkan lebih daripada 30,000 BTC pada 2 April 2024.

Dilaporkan pada Mac 2023, pihak berkuasa kerajaan AS telah jual 9,861 BTC bernilai $215 juta yang dirampas daripada Zhong dan kini hanya meninggalkan 40,000 BTC kemudian perlu diketahui transaksi semalam mengikuti harga BTC jatuh lebih 7%.

Tidak berfungsi selama lebih 10 tahun, pasaran Silk Road membenarkan pengguna beli dan jual barangan terlarang seperti senjata, dadah dan maklumat kad kredit yang dicuri tetapi pihak berkuasa AS telah menahan penciptanya Ross Ulbricht pada 2013 yang kini sedang jalani hukuman penjara seumur hidup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat