Alamak! XRP Dikenakan Tuntutan Mahkamah Baharu Pula!

839

“Waduh sebelum ni makan masa banyak tahun dah untuk selesai kes, sekarang ada yang lain pula.”

Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Labs dan anak firmanya XRP ll, LLC dikenakan tuntutan mahkamah atas kesalahan melanggar undang-undang sekuriti persekutuan dan California susulan menawarkan serta menjual XRP tanpa pendaftaran diperlukan.

Tuntutan mahkamah tindakan kelas itu termasuk individu dan entiti yang beli XRP antara 3 Julai 2017 dan 30 Jun 2023 sama ada mengekalkan aset digital atau jualnya pada kerugian, tetapi Ripple serta defendan telah menentang dakwaan itu sekeras-kerasnya.

Rentetan itu, pendekatan utama Ripple adalah berdasarkan dakwaan XRP yang digunakan untuk transaksi global tidak boleh dianggap sebagai sekuriti susulan ia menuntut banyak keperluan pengawalseliaan dan penelitian yang ketat.

Namun, pelabur dan pihak terjejas disebabkan tuntutan mahkamah perlu buat pilihan penting berkenaan hak dan pilihan undang-undangnya di mana tarikh terakhir untuk ahli tindakan kelas ingin mengecualikan dirinya daripada tuntutan mahkamah ialah 5 April 2024.

Isu undang-undang yang Ripple hadapi mewakili kekaburan peraturan yang cuba dilawan oleh seluruh pasaran kripto dan menunjukkan keperluan untuk dasar serta rangka kerja yang jelas bagi mengawal aset digital.

Umum mengetahui usul dikemukakan oleh bursa kripto terkemuka Kraken untuk menolak tuntutan mahkamah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) kini menambah satu lagi naratif mengenai peraturan aset digital.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP mencanak sebanyak 3.48% pada paras $0.55 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $30 bilion tetapi tetap mencatatkan penyusutan 1.65% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat