ALGO Ada 4 Kemasi Kini Terbaru, Adakah Harga Bakal Naik Tinggi?

191

“Hmm korang rasa update ni dapat dorong harganya meroket tak, atau pergerakannya akan hambar je?”

Demi menjadi blockchain lebih berfungsi, Algorand (ALGO) yang sedang melakukan permainan menarik bakal melaksanakan empat kemas kini baharu pada tahun 2024 sebagai sebahagian daripada roadmap.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi (CTO) ALGO John Alan Woods, aset digital itu dari segi Transaksi Setiap Kelajuan (TPS) adalah 10% lebih pantas dan dalam jangka panjang, pembangun dan pembina mampu menikmati fleksibiliti, kecekapan serta skalabiliti rangkaian ALGO.

Selain itu, terdapat kemas kini AlgoKit 2.0 iaitu toolkit komprehensif yang menyepadukan salah satu bahasa programming paling popular di dunia dipanggil Python, di mana pembangun tidak memerlukan pengetahuan programming khusus untuk membina ALGO.

Bukan itu sahaja, pembina akan dapat menulis kod dengan selamat dan dari situ, tool visual debugger* akan bantu mengenal pasti serta menyelesaikan isu secara cepat termasuk memberikan laluan lebih mudah kepada newbies untuk bergerak.

*Alat berguna, yang membolehkan anda menyahpepijat ujian semasa ia sedang dilaksanakan

Kemas kini ALGO ketiga adalah insentif konsensus di mana ia rancang beri insentif kepada penyertaan melalui mekanisme Proof-of-Stake (PoS) dan menaikkan bilangan nod konsensus dalam rangkaian kemudian meningkatkan keselamatan atau protokol decentralized.

Seterusnya ialah rangkaian P2P dengan nod konsensus menghasilkan blok melalui cara tanpa kebenaran dan beralih pada rangkaian gossip P2P, jadi di sini dapat dilihat data adalah terus antara nod konsensus yang akan menjadikannya lebih berdaya maju.

Memang tidak dinafikan ALGO telah menghadapi masalah besar sejak kebelakangan ini dalam jangka panjang, tetapi semua kemas kini tersebut sudah bersedia untuk memberi kesan positif pada harga ALGO.

Setakat penulisan ini, harga ALGO menjunam sebanyak 3.44% pada paras $0.15 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion kemudian mencatatkan penyusutan 19.6% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat