Alibaba Akan ‘Pupus’ Kerana Wechat?

459

Tencent nampaknya mencabar kedudukan Alibaba dan JD.com dengan melancarkan ciri terbaru iaitu program mini, WeChat Minishop.

Ciri tersebut dapat membantu peniaga atau mana-mana individu untuk membina kedai atas talian menerusi perkhidmatan mesej ringkas, WeChat.

Ciri tersebut turut diperkenalkan bersama tetapan tersedia untuk paparan produk, terjemahan, pesanan dan pengurusan logistik, pemasaran, pembayaran, perkhidmatan pelanggan dan siaran langsung.

Sedia maklum, WeChat memiliki lebih berbilion pengguna seluruh dunia. Justeru, ciri terbaru itu merupakan peluang terbaik kepada Tencent kerana dapat menarik perniagaan kecil dari platform besar seperti Alibaba dan JD.com.

Tidak mustahil juga kemunculan WeChat Minishop akan memberi kesan negatif kepada Pinduoduo, Taobao, Duoyin dan Kuaishou memandangkan ciri terbaru membenarkan pengguna untuk memasarkan produk mereka melalui siaran langsung.

Menariknya lagi, berbeza dengan Alibaba, pihak mereka tidak mengenakan sebarang caj bayaran ke atas servis yang digunakan peniaga.

Walau bagaimanapun, Tencent tidak dapat menolak bahawa kesan WeChat Minishop mungkin hanya dalam jangka yang pendek memandang pihak mereka baru berjinak di dalam sektor perniagaan e-dagang.

Tencent juga perlu berhadapan dengan cabaran untuk memastikan tindakan yang lebih jelas dan kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan tiada lambakan produk tiruan di platform tersebut.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat