Alibaba & Tencent China Dalam Senarai Pasaran Cetak Rompak AS!

326

‘Why should you buy gold disc (original) and not the purple disc (dvdr).’

Gergasi teknologi China, Alibaba dan Tencent tersenarai dalam ‘senarai pasaran cetak rompak‘ Amerika Syarikat (AS) kerana didapati terlibat dalam perniagaan barangan tiruan.

Senarai yang dikeluarkan oleh United States Trade Representative (USTR) tersebut telah mengenal pasti sebanyak 42 pasaran atas talian dan 35 pasaran fizikal yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan trademark dan barangan cetak rompak.

Menurut jurucakap USTR, AliExpress milik Alibaba dan WeChat milik Tencent dari China telah tersenarai buat pertama kalinya atas isu pemalsuan trademark pada platformnya.

Selain 2 platform tersebut, terdapat beberapa lagi pasaran atas talian China yang tersenarai seperti Baidu Wangpan, Pinduoduo dan Taobao, sementara 9 lagi pasaran fizikal lain yang turut dikenal pasti membuat, mengedar dan menjual barangan cetak rompak.

Pihak Tencent telah memberi respon dengan menyatakan pendiriannya untuk menolak keputusan penyenaraian itu dan turut menyatakan komitmennya untuk bekerja secara kolaboratif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, Alibaba turut berkata mereka akan bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi membendung masalah harta intelek di seluruh platformnya.

Ekoran daripada isu ini, ketengangan diantara dua negara tersebut dilihat kembali menuncak semula.

Sebagai makluman, USTR pertama kali mengeluarkan ‘senarai pasaran cetak rompak‘ pada 2006, yang bertujuan untuk melindungi perniagaan dan pekerja AS dari terlibat dengan aktiviti barangan tiruan yang murah dari luar negara.

Dan umum mengetahui China cukup terkenal dengan penghasilan barangan tiruan walaupun mengganggotai World Trade Organization.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat