Alien Worlds (TLM) Punyai Unsur NFT, Tanpa Disedari Meroket 350%!

473

Alien Worlds merupakan metaverse NFT Defi, dan Trilium (TLM) merupakan token aslinya.

Ia memanfaatkan unsur-unsur teknologi DeFi dan NFT dimana menyediakan permainan yang menarik dan tidak berpusat kepada pemain, juga mensimulasikan persaingan ekonomi dan kerjasama antara pemain.

Alien World juga memberi insentif kepada pemain bersaing untuk Trilium (TLM) yang diperlukan untuk mengawal persaingan pertubuhan autonomi yang tidak berpusat (“Planet DAOs”).

Menariknya, pemain boleh memperoleh NFT (item permainan digital) untuk melombong TLM serta terlibat dalam pertempuran dan menyelesaikan pencarian dalam permainan (game quests).

Sementara itu, melihat kepada carta pergerakan semasa harga TLM/USDT

TLM yang baru sahaja tersenarai di platform Binance pada 13 April 2021 telah berjaya mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $5.95.

Pada pembukaan pasaran bulan Julai, secara konsistennya TLM menyaksikan isyarat positif menghasilkan lebih 350% lonjakan sehingga semalam yang menjadi perhatian para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga TLM dilihat sedang menyaksikan pergerakan yang lemah dan sedang memasuki ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $0.21.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan corak penurunan, zon SBR sekitar $0.21 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon SBR (support become resistance) sekitar $0.25 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Ketika penulisan, TLM/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.20 susut lebih 27% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-236 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto TLM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat