Emas bergerak secara mendatar sejak minggu lepas di sekitar $2,700 berikutan dorongan kemerosotan hasil pengukuhan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangan Donald Trump pada pilihan raya presiden 2024.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,675.56 iaitu susut sebanyak 0.33% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia hari Isnin.
Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) yang diukur berbanding sekumpulan enam mata wang dunia memanjangkan kenaikannya kepada sekitar 105.00 paras tertinggi empat bulan.
Kemenangan Trump baru-baru ini mencetuskan persoalan dalam pasaran sama ada Fed perlu meneruskan untuk mengurangkan kadar lebih perlahan pada penghujung tahun ini dan membuka potensi kekuatan buat USD yang mengurangkan dominasi emas.
Bacaan awal Universiti Michigan dalam laporannya menunjukkan data ekonomi AS optimis pada hari Jumaat yang menyumbang kepada lonjakan USD.
Tinjauan Sentimen Pengguna AS meningkat kepada 73.0 pada November daripada 70.5 pada Oktober dan ia merupakan angka yang lebih baik daripada jangkaan pasaran 71.0.
Selain itu, ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah bakal memberikan sokongan buat emas untuk mengelakkan kerugian terlalu dalam.
Ketua Tentera Israel, Herzi Halevi mengisytiharkan kelulusan memperluas serangan darat ke selatan Lubnan.