“Hmm adakah minggu ini harga BTC dapat naik lebih tinggi?”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada 6 Jun semalam menunjukkan pengukuhan sehingga $71,636 setelah sembilan spot ETF secara kolektifnya akhirnya berjaya mengumpul aliran masuk bersih $492 juta.
Aliran masuk itu telah menimbulkan sentimen positif dalam pasaran kripto lebih luas, di mana salah satu penyumbang utamanya BlackRock bertindak menambah 2,186 BTC bernilai $155.86 juta yang menjadikan jumlah pegangannya 297,644 BTC bernilai $21.22 bilion.
Menurut pemerhati pasaran kripto, kemasukan modal ke dalam BTC ETF telah menyerlahkan minat dan keyakinan institusi yang semakin meningkat dalam aset digital, jadi di sini dapat dilihat harga BTC berpotensi menembusi $72,000 dalam masa terdekat ini.
Menerusi pemerhatian, ramalan kenaikan tersebut adalah susulan daripada tiga penunjuk on-chain iaitu pengumpulan semula whales BTNVT golden cross harga BTC dan turun naik BTC termasuk nisbah nilai pasaran pada nilai direalisasikan MVRV.
Memang tidak dinafikan corak carta teknikal utama menunjukkan BTC boleh menuju ke paras $85,000, tetapi penutupan mingguannya perlulah berada pada $71,300 untuk mengesahkan lebih banyak momentum menaik.
Suka dimaklumkan pula ketua penyelidikan forex dan aset digital Standard Chartered Geoffrey Kendrick meramalkan harga BTC akan mencecah $150,000 pada akhir 2024 kemudian meneruskan kenaikannya sehingga $200,000 pada akhir 2025.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.65% pada paras $70,839 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 11.42% sepanjang minggu lepas.