Amaran IEA Beri Sokongan Pada Minyak Mentah!

189

Amaran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengenai pengurangan bekalan minyak telah mendorong sedikit peningkatan buat dagangan komoditi hitam setelah ditutup lebih rendah pada Rabu.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan sedikit meningkat pada sekitar harga $97 setong, sementara minyak Brent pula menokok pada $100 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini susut rendah susulan peningkatan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat dan tanda-tanda kemajuan dalam rundingan damai Rusia-Ukraine.

Bagaimanapun, komoditi itu kembali mendaki selepas IEA mengatakan bahawa kira-kira 3 juta tong sehari minyak Rusia mungkin terkesan akibat sekatan Barat. Ini akan melebihi jangkaan pengurangan 1 juta tong sehari dalam permintaan disebabkan harga yang tinggi.

Hal ini sedikit sebanyak mengurangkan kesan daripada lonjakan yang dipamerkan dalam data inventori minyak AS yang terbaharu.

Sementara itu, data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bekalan minyak mentah meningkat 4.3 juta tong pada minggu lepas, meleset dari jangkaan untuk penurunan sebanyak 1.4 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat