Amaran Risk-Off, EUR/USD Berubah Arah Junam 100 Pips!

197

Situasi mula berubah pada dagangan Selasa semalam dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang berisiko didorong oleh kebimbangan terhadap sektor perbankan yang melanda semula.

Saham First Republic Bank dilaporkan merosot hampir 50% pada Selasa sementara UBS laporkan kemerosotan sehingga 52% pada pendapatan suku tahunannya.

Justeru, mata wang safe-haven termasuk US dolar mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran dan menekan mata wang utama yang lain.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah berubah arah daripada jangkaan asal penganalisis yang pada mulanya melihat kecenderungan harga untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Setelah berlegar di ketinggian zon 1.10600 di awal sesi Asia semalam, penurunan mula dipaparkan ke sesi Eropah dan New York sehingga menembusi semula paras penting 1.10000.

Penurunan harian hampir 100 pips itu mencecah sekitar 1.09700 sebelum harga perlahan dan mendatar hingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Isyarat bearish harga dinilai selepas kejatuhan semula di bawah paras 1.10000 turut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang mengira kebarangkalian purata pergerakan harga.

Jika US dolar berjaya kekal kukuh, harga akan ditekan lebih rendah menuju zon sokongan terhampir pada 1.09000 yang telah menyokong harga pada minggu lalu.

Susut lebih rendah melepasinya akan menjangkakan sasaran yang lebih rendah untuk penurunan mencecah 1.08000.

Namun jika US dolar kembali melemah semula seperti awal minggu, pelabur berkemungkinan menyaksikan harga melantun semula naik di atas paras 1.1000.

Dengan isyarat lebih bullish yang dinilai, harga bakal meneruskan semula kenaikan menguji rintangan 1.10600 sebelum menembuisnya ke paras lebih tinggi.

Sasaran berikutnya untuk dituju harga dilihat berada pada ketinggian sekitar 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat