Amazon Benarkan Pekerjanya Tak Pakai Topeng Muka Masa Bekerja?

157

Bestnya, datang kerja tak payah pakai mask! Tapi SOP kena jaga juga.

Para pekerja kilang Amazon yang sudah lengkap 2 dos vaksin dibenarkan untuk datang bekerja tanpa perlu memakai penutup muka (mask).

Memetik sumber dari The Wall Street Journal, syarikat tersebut telah membenarkan pekerjanya untuk tidak memakai mask ketika bekerja sekaligus membatalkan mandat keperluan memakai mask akibat varian Omicron yang diperkenalkan pada Disember lalu.

Syarikat tersebut turut mengemas kini peraturan cuti berbayar pekerjanya, dimana pekerja yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin sebelum 18 Mac akan diberikan cuti berbayar andai dijangkiti virus itu di kemudian hari.

Manakala bagi pekerja yang masih tidak bervaksin akan kehilangan semua cuti berbayar yang melibatkan Covid-19.

Selain itu, Amazon juga dinyatakan, setelah mendapat cadangan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), telah memendekkan masa kuarantin bagi pekerja yang dijangkiti kepada 5 hari daripada 7 hari.

Meta, Google dan Apple juga dilihat sedang menyelaraskan semula peraturan tempat kerja mereka.

Meta menjangkakan para pekerjanya yang sudah lengkap vaksin untuk datang bekerja menjelang 29 Mac sementara Google dan Apple hanya membenarkan para pekerja mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja untuk datang bekerja di pejabat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat