Arah pergerakan harga mula berubah pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu ketika pasaran mengakhiri dagangan Jun dengan suku kedua 2023 melabuhkan tirainya.
Pound memanfaatkan peluang untuk melonjak semula setelah tekanan pengukuhan US dolar di penghujung minggu itu mulai reda.
Sebelumnya, beberapa faktor yang menyokong pengukuhan US dolar telah menekan jatuh harga sehingga ke paras 1.26000.
Pada Jumaat, harga berjaya melantun semula dari paras sokongan tersebut lebih 100 pips melepasi paras tumpuan 1.27000.
Ini disebabkan penyusutan US dolar ketika data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka perlahan di samping penganalisis menilai berlaku aktiviti profit taking oleh para pemain pasaran.
Lonjakan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend bullish semula.
Menyambung pembukaan di awal minggu ini untuk memulakan dagangan awal Julai, harga perlahan di zon 1.27000 sementara pelabur menantikan isyarat selanjutnya.
Sekiranya lonjakan berjaya dipaparkan, corak kenaikan harga mungkin akan diperlihatkan menuju semula zon rintangan minggu-minggu sebelum ini sekitar ketinggian 1.28400.
Kenaikan lebih tinggi dari itu akan memecah rekod tertinggi harga sejak April 2022 dengan sasaran menuju ke 1.29000 pula.
Sebaliknya, jika harga kembali menjunam dari zon 1.27000, paras sokongan minggu lalu pada 1.26000 akan kembali dituju untuk diuji semula.
Jika tembus, harga akan menyambung pergerakan bearish minggu lalu untuk menuju pula zon tumpuan berikutnya yang berada pada 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG