Amerika Syarikat Akan Rugi Besar Dalam Jangka Panjang -Pengurus Wang Terbesar Dunia

1,110

Amerika Syarikat akan memenangi perang perdagangan dengan China dalam jangka pendek tetapi akan berhadapan dengan kerugian besar dalam jangka panjang, demikian kata CEO Blackrock, Larry Fink pada Khamis.

Berdasarkan lawatannya ke Eropah, Fink berkata klien-klien beliau bimbang dengan kesan buruk yang lebih besar dari masa ke semasa kerana kebanyakan syarikat akan memilih China berbanding AS. Tambahnya, US dollar boleh kehilangan statusnya sebagai rizab matawang dunia dan pelabur beralih kepada matawang Yuan.

“Dalam jangka pendek Amerika Syarikat adalah pemenangnya, kata Fink di konferens yang dianjurkan Yahoo Finance di New York.

“Masalah besar yang saya lihat adalah pendekatan unilateralisme yang digunakan oleh Amerika Syarikat.”

White House telah mengenakan tariff terhadap China, dan baru-baru ini tariff berjumlah $200 billion terhadap produk China dengan kadar sebanyak 10%. China pula membalas dengan jumlah yang lebih kecil terhadap import produk dari Amerika Syarikat.

Majoriti penganalisis ekonomi percaya impak tersebut terhadap kenaikan harga adalah minima.

Walaubagaimanapun, Fink berkata tindakan tersebut akan memberi kesan kepada Amerika Syarikat di peringkat global.

Blackrock tempat Fink bertugas sebagai CEO adalah pengurus wang terbesar dunia dengan $6.3 trillion aset berada di bawah pengurusan mereka.

Semasa perbincangannya dengan klien di Eropah, Fink berkata beliau mendengar kebimbangan mereka terhadap dasar digunapakai oleh Amerika Syarikat di mana sikap seperti itu cenderung mengalihkan syarikat-syarikat besar dunia ke China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat