Amerika Syarikat Sedia Menggunakan Matawang Crypto Sebagai Alternatif Baru?

275

Pada hari ini, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S.) Jerome Powell memberi ulasan mengenai perkembangan matawang digital/crypto. Menurut beliau sebelum A.S menerapkan matawang crypto dalam negara, pentadbiran A.S harus memastikan semuanya dapat dilaksanakan dengan betul dan mengikut peraturan.

CBDC (Central Bank Digital Currency) atau matawang digital bank pusat memiliki konsep yang sama dengan matawang crypto melainkan ianya dikeluarkan oleh bank pusat. Tujuan dikeluarkan matawang digital sendiri oleh bank pusat adalah untuk meluaskan penggunaan matawang fiat dalam bentuk digital, pada masa sama mengawal penggunaannya.

Pada hari ini, Jerome Powell menyatakan bahawa keutamaan harus di beri pada cara mengendalikan CBDC dengan betul daripada menjadi yang pertama mengaplikasikan matawang CBDC.

Powell juga memberi ulasan bahawa sangat penting untuk the Fed menilai kesan CBDC terhadap pelbagai masalah kritikal. Justeru selain daripada keuntungan, persoalan dasar dan operasi harus dinilai secara menyeluruh termasuk bagaiman the Fed dapat mencegah aktiviti haram dan memelihara privasi dan keselamatan pengguna.

Dalam masa yang sama, Powell juga menyatakan bahawa ketika ini terdapat satu set eksperimen yang sedang dilaksanakan oleh Federal Reserve Bank of Boston dengan kerjasama para penyelidik di MIT (Massachusetts Institute of Technology).

Walaupun kebanyakan projek masih di tahap awal, bank pusat telah mula beralih kepada mawatang digital pada tahun lalu setelah Facebook mengumumkan pernerbitan matawang crypto Libra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat