Analisa Fundamental Ini Menjelaskan Faktor Minyak Mentah didagang Tinggi Dalam Sesi Asia

46

Minyak mentah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima minggu pada Selasa kerana didorong oleh ketegangan geopolitik gara-gara serangan peluru berpandu oleh AS di Syria dan penutupan medan minyak terbesar di Libya.

Dalam masa yang sama, peningkatan permintaan yang kukuh dari AS menjelang musim panas juga merupakan faktor-faktor tambahan yang menyokong kenaikan harga minyak dalam sesi ini.

Brent futures yang menjadi penanda aras minyak mentah dalam sesi ini meningkat ke paras tertinggi sejak 7 Mac kepada $56.16 setong. Sementara itu, minyak Brent didagang meningkat sebanyak 9 sen atau pada 0.2 peratus.

WTI mentah juga dinilai sebanyak 6 sen lebih tinggi atau 0.1 peratus, selepas mendaki paras tertinggi dalam tempoh lima minggu.

Menurut sumber, medan minyak Sharara di Libya ditutup pada Ahad apabila sebuah kumpulan pemberontak telah menyekat saluran paip yang menghubungkannya dengan terminal minyak. Medan ini kembali ditutup setelah pengeluaran diberhentikan selama seminggu sebelum ini.

Perhimpunan harga komoditi ini bermula seminggu selepas pelepasan peluru berpandu oleh AS ke pangkalan udara Syria. Menurut ANZ Bank dalam satu nota, harga minyak dicatat lebih kukuh apabila pelabur minyak mentah mengetepikan kenaikan bekalan di Amerika Syarikat.

Memetik laporan dari kerajaan AS, inventori minyak mentah di AS menyentuh rekod tertinggi di kedua-dua hub simpanan Cushing dan Gulf Coast AS. Dalam masa yang sama, perjanjian yang diketuai oleh OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah yang masih berjalan juga membantu dalam menaikkan harga minyak dalam sesi ini. Menteri Minyak Kuwait berkata beliau bahawa kadar pematuhan perjanjian oleh anggota OPEC pada bulan Mac dijangka lebih tinggi berbanding bulan sebelum ini.

Ini Penjelasan Yellen Mengenai Prospek Kenaikan Kadar yang Selanjutnya Oleh Fed!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat