Ini Penjelasan Yellen Mengenai Prospek Kenaikan Kadar yang Selanjutnya Oleh Fed!

52

Fed merancang untuk menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur bagi mengekalkan guna tenaga penuh dan meletakkan sasaran inflasi hampir 2 peratus tanpa membiarkan ekonomi menjadi overheat.

Memetik kenyataan Janet Yellen, beliau beranggapan bahawa ekonomi semasa sedang berada dalam keadaan yang baik.

Menurut Yellen lagi, kadar pengangguran berada pada tahap 4.5 peratus yang menunjukkan tanda-tanda bahawa sektor pekerjaan sedang menghampiri angka guna tenaga penuh disamping data inflasi yang sedang bergerak berhampiran sasaran sebanyak 2 peratus. Sementara itu, ekonomi juga dijangka berkembang dalam trend yang sederhana.

Selain itu, beliau menyifatkan bahawa Fed sebelum ini telah menggunakan segala usaha untuk membantu ekonomi agar ia terus bergerak dengan stabil. Namun begitu, buat masa sekarang, bank pusat tidak boleh bertindak dengan terlalu agresif kerana pendirian yang beransur-ansur disifatkan lebih baik buat dasar kewangan semasa agar ia bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

Hasil perbendaharaan bon di AS juga sedikit berubah selepas ucapan Yellen.

Fed sebelum ini menaikkan kadar pada bulan Mac untuk kali yang ketiga selepas ekonomi global dilanda “Great Recession”. Kebanyakan pegawai Fed juga meramalkan bahawa Fed akan menaikkan dua kali lagi kadar pada tahun ini.

Sebelum mengakhiri ucapan, Yellen sempat mengatakan bahawa tindakan menaikkan kadar secara beransur-ansur merupakan langkah terbaik yang boleh diambil oleh Fed, disamping tidak menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar yang seterusnya.

Greenback Seakan Kehilangan Tenaga Selepas Mendengar Kenyataan Yellen

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat