Analisis Fundamental Pair GBP/USD Menjelang New York Open

725

Pair GBP/USD membuat kejatuhan pada minggu ini walaupun sebahagian besar pasaran menjangka Bank of England (BoE) akan menaikkan kadar faedah pada bulan depan. Antara faktor yang menyokong kelemahan pair ini adalah kekuatan matawang US dollar sejak minggu lalu dengan data-data ekonomi UK yang kurang memberangsangkan.

GBP/USD di time-frame weekly menunjukkan Bearish Engulfing terbentuk pada minggu lalu dengan candle daily jatuh lima hari berturut-turut pada Isnin. Dengan pattern yang terbentuk ini menunjukkan potensi kelemahan GBP/USD dari segi analisis teknikal.

GBP/USD membuat kejatuhan 100 pip pada Isnin dan setakat ini pada Selasa pukul 8.25 malam cuba membuat kenaikan tetapi masih terhad.

Kelemahan matawang GBP bermula sejak minggu lalu disebabkan oleh data-data ekonomi yang tidak memberangsangkan khususnya data inflasi dan pendapatan di UK. Data pendapatan yang dikeluarkan Selasa lalu meleset daripada jangkaan pasaran dan lebih rendah daripada bacaan sebelum itu. Begitu juga dengan data inflasi (CPI) pada Rabu lalu yang juga meleset daripada jangkaan.

Data-data ini menyebabkan potensi pengetatan polisi monetari dalam mesyuarat bulan Mei semakin berkurangan disebabkan tekanan inflasi yang semakin lemah di UK. Potensi kenaikan kadar faedah semakin merosot pada Khamis lalu apabila Gabenor Carney memberikan komen dovish.

Dengan tidak banyak data-data ekonomi dari UK, pasaran akan terus meneliti pergerakan Hasil-Bon 10-tahun AS untuk melihat kekuatan matawang grenback. Seperti yang telah diulas sebelum ini, US dollar bukan sahaja menguat berbanding GBP tetapi juga menguat berbanding matawang-matawang yang lain. Sebab utama kepada kekuatan US dollar adalah faktor hasil bon di Amerika Syarikat yang semakin meningkat.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat