Analisis Fundamental & Sentimen Matawang GBP Hari Ini (15 Ogos 2018)

705

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
  • 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk menaikkan kadar faedah di UK sebanyak 0.25% dari 0.5% ke 0.75% dengan kenyataan yang agak dovish dari Governor Mark Carney.
  • Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
  • Mark Carney mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan.
  • Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND

  • Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
  • Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
  • Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.

PLAN: SELL GBP

  • Mr Carney menyuarakan kenyataan yang agak dovish pada sidang media. Beliau mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah di UK pada kadar yang lebih perlahan. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap Brexit.
  • Data purata pendapatan di UK tidak mencapai jangkaan sekaligus akan memberi kesan negatif pada inflasi di UK hari ini.
  • Menteri luar negeri Jeremy Hunt berkata risiko ‘no-deal’ Brexit meningkat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat