Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (8 Februari 2019)

138

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah pada 1.75% dan memberi isyarat bahawa mereka akan kekal sehingga tahun 2020.
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada tahun depan.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 38 ).
  • Gabenor RBNZ iaitu Orr berkata RBNZ akan mempertimbangkan pemotongan kadar faedah jika KDNK jatuh dari ramalan bank pusat dan cabaran yang dihadapi adalah untuk menaikkan inflasi.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand menurun kepada 2.6% pada suku tahun ketiga daripada 3.2% sebelum ini dan dibawah jangkaan pasaran 2.6%..
  • Kadar inflasi meningkat kepada 1.9% pada suku keempat 2018, melebihi jangkaan pasaran 1.8%.
  • Kadar pengangguran New Zealand meningkat kepada 4.30% pada suku tahun keempat daripada 3.90% pada suku tahun ketiga 2018.

PLAN: SELL NZD.

  • Statistik pejabat buruh New Zealand mengeluarkan data bahawa kadar pengangguran pada suku tahun keempat 2018 melonjak kepada 4.3% daripada 3.9% pada suku tahun sebelumnya.
  • Perdana Menteri New Zealand Arden berkata penurunan dalam eksport China boleh menyebabkan permintaan menurun terhadap barangan mentah dari New Zealand.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat