Analisis GBP/USD – Lonjakan Lemah Harga Berakhir Sekitar $1.2200

314

Walaupun US dolar dilihat kehilangan momentum pada dagangan menuju penghujung minggu lalu, namun mata wang Pound gagal menyerlah dengan ketiadaan faktor-faktor yang boleh menyokongnya.

Pada penutup sesi terakhir minggu lalu, US dolar yang sedikit pulih kembali memberi tekanan semula kepada Pound.

Ketiadaan data-data ekonomi UK yang akan diterbitkan minggu ini semakin menyukarkan Pound apabila pasaran kekal meletakkan unjuran bearish selepas bank pusat England (BOE) telah mula menamatkan siri kenaikan kadar faedah sebelum ini.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga memaparkan lantunan semula di penghujung minggu lalu dengan ketiadaan dicapai sekitar 1.22700 pada Jumaat.

Namun harga telah berundur turun semula ke zon 1.22000 pada penutup sesi terakhir tersebut membuatkan pelabur lebih berwaspada untuk petunjuk seterusnya bagi menyambung dagangan pada Oktober.

Dagangan awal minggu ini bermula perlahan di bawah zon 1.22000 dan harga dilihat bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut menjadi petunjuk bearish.

Jika penurunan dipaparkan, harga dijangka menuju ke zon support 1.21000 untuk mengujinya.

Menembusi zon penting itu, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan menyambung semula trend bearish sebelum ini. Sasaran seterusnya berada pada 1.2000.

Sekiranya harga kembali melonjak semula, melepasi zon 1.22000 akan menjangkakan paras ketinggian dicapai minggu lalu akan cuba untuk diatasi.

Kemudian zon rintangan pada 1.23000 menanti pula untuk diuji sambil pelabur meneliti isyarat perubahan trend yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat