Analisis GOLD – Apakah Ini Petanda Harga Emas Akan Capai Semula Paras $1,800?

1,568

Harga emas terus gah mengambil kesempatan untuk terus memacu pergerakan harga kekal terbang tinggi melebihi 200 pips pada dagangan Rabu di kala kemerosotan yang dipaparkan oleh matawang USD.

USD masih lagi menerima tekanan dek kerana kebanyakan penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan melengahkan peningkatan kadar faedah sehingga 2023.

Namun begitu, pergerakan harga emas itu tidak berdaya untuk melonjak lebih gah susulan dikekang oleh kegusaran isu Evergrande serta kenaikan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun.

Menilai kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya terus mencapai semula zon RBS (resistance become support) 1780.00 dan kekal mencatat trend kenaikan.

Walau bagaimanapun, pergerakan harga dilihat bergerak sedikit mendatar dan perlahan di dalam zon RBS tersebut bagi menantikan pembukaan sesi New York kelak yang dijangka akan kembali rancak.

Trend lonjakan harga yang dipaparkan juga tampaknya masih lagi kekal dengan corak uptrend dan terus didagangkan di atas paras halangan Moving Average (MA50) jika diperhatikan pada rangka masa 1 jam.

Jikalau USD terus diheret lemah pada sesi New York sebentar lagi, berkemungkinan harga emas dijangka akan mencanak lebih gah untuk kembali menguji paras tertinggi 1800.00 yang dicapai pada minggu lalu.

Di paras ketinggian tersebut bakal dinilai oleh pelabur bagi melihat reaksi pergerakan seterusnya sebelum jangkaan mencapai paras rintangan lebih unggul dan bakal mencatat paras tertinggi terbaharu.

Akan tetapi sekiranya harga gagal untuk mengekalkan momentum lonjakan, harga bakal menuju semula ke zon RBS pada 1760.00 sebelum susut ke zon RBS yang lebih rendah sekitar 1740.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat