Analisis GOLD – Arah Tidak Jelas, Pelabur Bersedia Jangka Emas Jatuh Lagi

776

Berlaku peningkatan perlahan pada dagangan emas semalam, namun pergerakan harga dilihat masih mendatar dalam julat yang kecil setelah berlaku terjunan pada minggu lalu.

Pengukuhan US dolar menuju dagangan penghujung minggu yang lalu telah menekan harga emas jatuh semula selepas rekod tertinggi sepanjang masa (all-time high) berjaya dicatatkan pada ketinggian $2,222.

Namun, pengukuhan US dolar yang terbantut di awal minggu semalam menyaksikan penurunan harga emas tidak diteruskan, sebaliknya harga mendatar di antara julat harga $2,160 hingga $2,180.

Pergerakan semasa harga boleh diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Harga yang cuba untuk bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu boleh memberi isyarat untuk kenaikan semula harga emas.

Namun, pelabur masih dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan yang boleh terjadi.

Data-data ekonomi tumpuan akan diperhatikan seperti data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks PCE, untuk mendapatkan petunjuk arah yang lebih jelas.

Sekiranya harga emas berjaya pulih membuat kenaikan, paras 2200.00 bakal dicapai dan dijangka bakal ada reaksi menarik harga yang dipaparkan.

Jika terdapat faktor yang kukuh untuk menyokong emas melonjak, masih ada peluang untuk rekod tertinggi terbaru dipecahkan lagi.

Namun, emas kekal berisiko untuk merosot lagi jika pengukuhan US dolar kembali menekan harga jatuh.

Penurunan seterusnya harga dilihat akan menuju zon tumpuan harga pada zon sekitar 2145.00 untuk mengujinya.

Trend bearish akan lebih jelas kelihatan jika harga terus tembus lebih rendah melepasi zon berikut dengan sasaran beralih ke paras 2100.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat