Analisis GOLD – Berehat Di $1,870, Kini Emas Sambung Pendakian

533

Dagangan emas tidak menunjukkan reaksi menarik harga ketika tumpuan terarah pada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di sesi New York semalam.

Ini disebabkan pergerakan mendatar oleh US dolar kerana pelabur tidak mendapat sebarang petunjuk terhadap dasar monetari bank pusat apabila Powell tidak menyentuh tentang perkara itu dalam ucapannya di acara simposium di Stockholm semalam.

Justeru, ia turut mempengaruhi pergerakan nilai emas yang turut mendatar di atas zon harga $1,870.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga meniti di atas paras 1870.00 dengan paras ketinggian dicapai di awal minggu adalah sekitar 1880.00.

Walaupun dilihat tidak menyambung lonjakan yang berlaku pada penghujung minggu lalu, namun harga emas masih bertahan daripada mengalami penyusutan di bawah paras 1870.00.

Selain meniti di atas paras 1870.00, harga juga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta XAU/USD yang memberi isyarat bullish.

Menyambung dagangan sehingga ke sesi Eropah hari ini (Rabu), peningkatan harga dipaparkan walaupun pada tempo perlahan, harga mencuba untuk melepasi zon 1880.00.

Kenaikan lebih tinggi mensasarkan untuk emas mencapai 1900.00 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 bulan.

Namun, terjunan harga boleh berlaku semula lebih-lebih ketika reaksi terbitan data inflasi AS yang berpotensi mengubah arah pergerakan harga emas.

Jika turut di bawah 1870.00, harga berkemungkinan akan membuat penurunan semula menuju paras sokongan 1830.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah selepas memaparkan pergerakan trend bearish lebih jelas bakal menjangkakan harga mencecah semula paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat