Analisis GOLD – Emas Bakal Tuju $1,950 Atau Melonjak Semula?

835

Dagangan emas bakal dipengaruhi oleh penerbitan data-data ekonomi penting minggu ini dengan dengan acara tumpuan yang paling ditunggu-tunggu adalah mesyuarat FOMC.

Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed), US dolar berpotensi untuk mengukuh menjelang mesyuarat tersebut.

Situasi ini telah pun diperlihatkan pada penghujung minggu lalu apabila US dolar yang alami penyusutan sebelum ini telah paparkan pemulihan kembali.

Ini turut mempengaruhi pergerakan emas seperti yang dipamerkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Pada Khamis lalu, paras 1987.00 yang dicapai menjadi paras tertinggi untuk tempoh 9 minggu sebelum harga mula menyusur turun hingga ke penghujung minggu.

Bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut, harga emas telah cecah sekitar 1957.00 pada dagangan penutup sesi terakhir minggu itu.

Menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini, harga berlegar perlahan di atas paras 1957.00 itu namun masih berada di bawah halangan MA50.

Dengan jangkaan US dolar akan menyambung pengukuhannya, harga emas bakal susut lebih rendah menuju kembali zon tumpuan sbeelum ini pada 1950.00.

Penurunan lebih rendah yang menembusi zon itu akan menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 1934.00.

Namun jika berjaya harga emas melonjak kembali di awal minggu ini, perhatikan paras halangan MA50 yang dilepasi akan menjadi petunjuk untuk pergerakan bullish semula buat emas.

Ketinggian dicapai minggu lalu berkemungkinan akan menjadi sasaran semula sebelum harga melanjutkan pendakian menuju lebih tinggi mencapai paras tumpuan 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat