Analisis GOLD – Emas Bermula Suram, Susut Di Bawah $2,000!

645

Penutup bagi dagangan penghujung minggu lalu bagi emas sedikit suram apabila lonjakan yang dipamerkan sebelum itu gagal diteruskan.

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru 1 tahun, harga emas telah susut kembali ke sekitar paras $2,000 pada Jumaat lalu.

Penurunan harga di sesi terakhir minggu lalu juga turut dipengaruhi oleh pengukuhan US dolar yang memberi reaksi positif ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Secara keseluruhan, bacaan angka data yang terbaru adalah positif, dan mengurangkan sedikit tekanan untuk terus mendesak Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan dasar monetari mereka.

Dapat diperhati pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mencapai ketinggian sekitar 2032.00 minggu lalu sebelum berlegar semula di zon 2000.00.

Menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini, harga sedikit ditekan turut di bawah paras 2000.00 di sesi Asia, namun melantun semula ke paras tersebut di sesi Eropah.

Pergerakan harga masih perlahan, namun berkemungkinan akan lebih rancak pada sesi berikutnya.

Jika US dolar masih mengukuh dan penurunan harga emas masih diteruskan, harga disasarkan untuk mencecah semula ke zon 1950.00.

Seterusnya, dengan isyarat pergerakan harga yang kekal bearish, zon 1900.00 pula akan menjadi tumpuan untuk penurunan yang lebih rendah.

Namun situasi boleh berubah jika harga emas mula memanjat semula di atas paras 2000.00.

Perubahan trend harga akan dijangkakan selepas halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut berjaya ditembusi.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji kembali paras yang dicapai minggu lalu dan berkemungkinan paras tertinggi terbaru bakal dicatatkan lagi minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat