Analisis GOLD – Emas Cecah $2,015, Bakal Jatuh Ke $2,000?

965

Seperti yang dikhuatiri para pelabur, emas meneruskan penyusutan nilainya pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini selepas isyarat negatif minggu lalu.

Ini adalah susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan memberangsangkan pada Jumaat lalu, membuatkan US dolar mengukuh dan turut memberi tekanan kepada harga emas.

Situasi ini dijangka akan berterusan dengan kecenderungan untuk US dolar terus paparkan prestasi cemerlang minggu ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan terjunan harga pada Jumaat lalu di bawah paras 2050.00 sehingga ke zon 2030.00.

Sambung dagangan pada Isnin semalam, harga susut lebih rendah hingga mencecah sekitar 2015.00 mengatasi pergerakan harga sepanjang minggu lepas.

Namun harga kembali melantun semula ke zon 2030.00 pada dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa).

Pergerakan harga emas masih dilihat bergerak dalam trend bearish di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan sekiranya harga gagal melepasi kenaikan pada zon 2030.00.

Paras 2015.00 yang dicecah semalam berkemungkinan akan ditembusi lagi sebelum penurunan harga diteruskan menuju zon tumpuan pada 2000.00.

Namun jika harga emas berjaya melonjak melepasi zon 2030.00, halangan MA50 juga bakal diatasi dan ini akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan harga bakal menuju 2050.00 untuk memaparkan reaksi sebelum sasaran lebih tinggi akan beralih pada 2070.00 jika kenaikan berjaya diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat