Analisis GOLD – Emas Cemerlang Lonjak Tembus $2,000 Sebelum FOMC!

919

Menjelang mesyuarat FOMC yang semakin hampir, pelabur terus berdepan gelora pasaran yang semakin berombak dengan risiko.

Namun, emas memberi perkhabaran yang gembira bagi para pelaburnya apabila nilai logam kuning tersebut berjaya melonjak pada dagangan Selasa semalam melepasi paras penting $2,000.

Faktor yang dilihat menyokong lonjakan emas adalah penurunan semula pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) dari paras 3.60%.

US dolar telah bergerak lemah di sesi New York semalam susulan reaksi pada terbitan data pembukaan pekerjaan JOLTS di AS untuk bulan Mac.

Ini telah memberi ruang untuk emas meningkat, namun risiko kejatuhan semula harga tetap ada dengan ketidaktentuan pada reaksi mesyuarat FOMC nanti.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak semalam melepasi paras 2000.00 setelah pada mulanya mendatar di sekitar 1980.00.

Isyarat bullish dinilai terlebih dahulu dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Kenaikan harga sehingga ke penghujung sesi New York telah mencapai 2019.00 dan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu).

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan menuju zon 2030.00 sebelum menyambung pendakian lanjut ke zon 2050.00.

Paras 2048.00 adalah yang dicapai pada 3 minggu lalu, dan merupakan paras tertinggi direkodkan sejak Mac 2022.

Namun sasaran untuk mencapai ketinggian tersebut mungkin tidak kesampaian jika harga emas mula menunjukkan tanda-tanda untuk menjunam.

Kesan mesyuarat FOMC yang mengukuhkan US dolar boleh menekan harga jatuh semula di bawah paras 2000.00 atau lebih paras lagi, mencatatkan paras terendah yang baru.

Penurunan lanjut harga boleh menuju ke sekitar 1950.00 dan jika zon penting ini juga ditembusi, harga boleh mencecah hingga ke 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat