Analisis GOLD – Emas Cuba Bangkit Tawan Paras $2,050?

705

Selepas lonjakan bertenaga dipaparkan oleh harga emas pada dagangan penutup minggu lalu, lain pula cerita di awal minggu ini apabila harga mula bergerak suram kembali.

Ketidaktentuan pada dagangan emas akan terus dipengaruhi oleh pergerakan US dolar dengan prestasi yang bercampur bersambung hingga ke minggu ini.

Justeru, pelabur akan terus memantau bacaan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan minggu ini khususnya bacaan pertumbuhan ekonomi suku keempat 2023 dan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna (PCE).

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur melihat corak lonjakan yang dipaparkan pada Jumaat lalu tidak diteruskan semalam.

Kenaikan harga telah mencapai ke paras 2040.00, namun harga gagal meneruskan kenaikan menuju sasaran pada 2050.00.

Sebaliknya pergerakan harga kembali susut dan mendatar di sekitar zon 2030.00 semula.

Walaupun berlaku penurunan, harga masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang mencadangkan pergerakan kekal bullish.

Harga meningkat perlahan dari zon 2030.00 pada sesi Asia pagi ini bersambung ke sesi Eropah, namun masih menunjukkan arah yang jelas.

Jika kenaikan harga emas diteruskan pada sesi berikutnya, paras 2040.00 berkemungkinan akan cuba untuk dicapai semula.

Setelah pamerkan pergerakan bullish yang lebih jelas atau terdapat faktor yang menyokong emas untuk mengukuh, harga boleh mencapai hingga ke paras 2050.00

Jika situasi sebaliknya yang terjadi, pelabur perlu bersedia untuk melihat kejatuhan semula harga emas selepas ini.

Susut di bawah zon 2030.00 semula akan menjadi amaran untuk harga membuat penurunan sehingga menuju sasaran di paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat