Analisis GOLD – Emas Cucuk Puncak $2,300!

1,280

Tanpa segan silu harga emas terus mendaki ke puncak tertinggi terbaru sehingga ke pagi ini dengan mencatatkan rekod ketinggian terbaru harga sepanjang masa.

Zon $2,300 menjadi puncak paling tinggi harga capai dengan trend yang kekal positif buat emas sepanjang minggu ini.

Dari awal minggu, harga mencatatkan paras ketinggian terbaru setiap hari sementara pelabur memerhati faktor-faktor semasa dalam pasaran yang mempengaruhi aset safe-haven itu.

Selain ketegangan konflik geopolitik Timur Tengah yang semakin meruncing, situasi penyusutan semula US dolar dalam pasaran juga turut membantu meningkatkan harga emas ke paras lebih tinggi.

Pelabur terus meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Kenaikan harga berterusan dilihat telah mencapai zon 2300.00 di awal sesi Asia pagi ini sebelum harga perlahan berundur menyambung dagangan pembukaan sesi Eropah.

Pergerakan harga kekal pada trend bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan berlaku untuk emas terus mengorak langkah mencatatkan rekod terbaru sejarah.

Sasaran seterusnya berkemungkinan pada 2400.00 pula atau sehingga ke paras 2500.00 yang ditetapkan oleh penganalisis sebelum ini.

Untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, zon sekitar 2265.00 dilihat sebagai zon penting yang berkemungkinan akan mengundang reaksi harga seperti semalam.

Jika harga tembus lebih rendah ke bawah, sasaran penurunan lanjut harga adalah pada zon 2220.00 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat