Analisis GOLD – Emas Dijangka Tembus $1,800 Minggu Ini?

1,466

Pelabur emas masih meletakkan harapan tinggi untuk komoditi berharga tersebut untuk meningkat lebih tinggi pada minggu ini selepas bergerak mendatar sepanjang minggu lalu.

Gagal untuk meneruskan momentum kenaikan pada minggu sebelumnya, emas pada minggu lalu mendatar di bawah paras harga $1,800 ekoran pengukuhan semula US dolar menghalang harga emas ke paras lebih tinggi.

Namun, di awal minggu ini US dolar dilihat bergerak lemah ekoran pandangan penganalisis yang melihat langkah untuk pengurangan pembelian bon (tapering) oleh Federal Reserve (Fed) semakin sukar berikutan gelombang pantas Covid-19 varian Delta yang kembali mengganas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menunjukkan kenaikan pada awal sesi Asia pagi ini mengukir sedikit senyuman di wajah para pelabur emas.

Namun, momentum harga perlahan ketika dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Isyarat awal pergerakan bullish dilihat selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Paras rintangan 1800.00 pada zon SBR (support become resistance) akan diuji jika kenaikan harga emas diteruskan.

Kenaikan harga yang berjaya tembusi zon SBR 1800.00 akan mengukuhkan lagi jangkaan harga emas untuk melonjak ke paras lebih tinggi dengan sasaran seterusnya pada zon tumpuan 1850.00.

Namun, jika harga membuat penurunan semula, paras 1765.00 dilihat sebagai paras awal untuk menyokong kenaikan semula harga.

Jika penurunan masih berterusan, paras 1745.00 pula akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan mendorong penurunan lanjut harga untuk kembali semula ke zon support 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat