Analisis GOLD – Emas Jatuh Terjelepok, Tapi Cuba Mara Semula Ke Paras $2,000

608

Dagangan emas pada hari ini (Selasa) dilihat kembali berlegar semula di ‘zon magnet’ harga pada $2,000.

US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas, bergerak kukuh pada awal minggu semalam meneruskan momentum pengukuhan seperti dipaparkan pada Jumaat lalu.

Justeru, harga emas semakin ditekan turun lebih rendah semalam namun penganalisis melihat masih ada potensi untuk emas pulih meningkat semula minggu ini.

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas telah menjunam dari paras 2048.00 hingga bawah paras 2000.00 pada Jumaat.

Menyambung dagangan pada Isnin semalam, kenaikan pada mulanya dipaparkan ke paras 2015.00 sebelum menjunam di sesi New York mencecah paras sekitar 1981.00.

Namun, harga sedikit melantun menuju penghujung sesi sebelum kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi ini menyentuh paras 2000.00 semula.

Sehingga menyambung ke sesi Eropah, harga mendatar di paras 2000.00 tersebut, dan pergerakan harga masih dilihat berada di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta XAU/USD menandakan isyarat masih bearish buat emas.

Sekiranya lonjakan lebih bertenaga berlaku, harga yang melepasi halangan MA50 bakal meneruskan kenaikan menuju zon 2030.00 sebelum mencabar ketinggian dicapai minggu lalu.

Jika paras ketinggian baru berjaya dicatatkan minggu ini dengan corak bullish yang dipaparkan, sasaran adalah untuk harga menuju 2070.00, zon tertinggi direkodkan pada Mac 2022.

Sebaliknya jika harga menjunam rendah di bawah paras 2000.00, corak bearish akan diteruskan lagi dengan jangkaan harga akan menuju zon tumpuan 1950.00.

Seterusnya, untuk penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat boleh mencecah sehingga sekitar 1900.00 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat