Analisis GOLD – Emas Junam Dari Paras $2,050!

972

Selepas melompat keriangan pada penutup minggu lalu, pelabur emas kembali terduduk semula minggu ini apabila dagangan emas semalam papar kejatuhan yang agak ketara bersambung sehingga ke hari ini (Rabu).

Selepas mendatar pada Isnin, harga emas kembali menjunam susulan faktor pengukuhan semula mata wang US dolar yang menekan komoditi itu.

US dolar kukuh berikutan jangkaan untuk pelonggaran dasar monetari untuk dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) semakin menurun setelah data-data ekonomi terbaru diteliti.

Jika tekanan berterusan, harga emas boleh jatuh lebih rendah lagi menuju hingga ke penghujung minggu ini.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar perlahan semalam di sekitar paras 2050.00 telah paparkan terjunan awal di sesi Eropah.

Turut memberi isyarat untuk pergerakan bearish buat emas apabila harga turut bergerak turun di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sehingga ke sesi New York penurunan diteruskan, paras 2024.00 telah dicecah sebelum penurunan diteruskan lagi bersambung ke hari ini.

Setakat sesi Eropah petang ini, harga telah susut ke sekitar 2018.00, sedikit sahaja lagi untuk melepasi paras terendah dicecah minggu lalu.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan mensasarkan ke paras tumpuan utama pada 2000.00.

Malah harga boleh menjunam lebih rendah di bawah paras tersebut jika situasi semasa pasaran kekal tidak berubah.

Sementara, untuk jangkaan jika berlaku kenaikan semula harga pula, paras 2050.00 akan diuji yang kini dilihat sebagai rintangan buat harga.

Tembusi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi ke sekitar 2060.00 atau 2070.00 semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat